WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Pada 9  hingga 11 Julai 2019  yang lepas iaitu  hari selasa hingga khamis, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Telah mengadakan Kursus Bahasa Arab bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Seramai 31 orang yang terdiri daripada guru-guru KAFA telah mengikuti program berkenaan, daripada daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tungku.

Objektif utama ialah memberi pendedahan mengenai Bahasa Arab, memperkenalkan perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab dan memupuk minat peserta untuk mempelajari Bahasa Arab. Pengisian ceramah dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah yang berpengalaman. Iaitu, Ustaz Hj. Mohd Nazri bin Hj. Apin dan Ustazah Wardatul Azma binti Hj. Apin.  pengisian yang disampaikan ialah Lughat al-Fasl, Pedagogi Istima’ Wa Al-Kalam, Pedagogi Al-Qira’ah, Pedagogi Al-Kitabah, Al-Lu’bah Al-Lughawiyyah dan Pengajaran Mikro. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada setiap aktiviti dan sesi ceramah yang dijalankan.

Majlis penutupan kursus  berkenaan telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim, selaku Pengarah Kampus, Institut  Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Kursus Bahasa Arab LahatDatu 2 

Kursus Bahasa Arab LahatDatu 1

Kursus Bahasa Arab LahatDatu 3




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 11 Disember 2019.
Jumlah Pelawat :12361589