WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 25 Julai 2019 – Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI), telah menganjurkan Kursus Leadership Grooming Programme:Kesukarelawan Pengurusan Bencanapada 23 hingga 25 Julai 2019 di Bilik Kadir Jailani, ILIM Kampus Utama.

Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai mengenai Standard Operating Procedur dalam pengurusan krisis dan bencana, meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menguruskan hal ehwal islam dan kebajikan semasa menghadapi bencana serta meningkatkan hubungan dua hala bersama agensi dan NGO yang berkaitan dalam pengurusan bencana.

Seramai 24 orang peserta terdiri dari kumpulan pengurusan dan professional skim hal ehwal islam dari pelbagai agensi telah menyertai kursus tersebut.

Dalam program ini, peserta telah diberi pendedahan tentang pengurusan bencana, pendekatan dan etika dalam misi kemanusiaan, total disaster risk management dan teknik kaunseling mangsa bencana. Peserta juga turut dikehendaki membuat simulasi menangani bencana dan satu sesi lawatan ke Pusat Kawalan Bencana Negara(NDCC) turut diadakan disamping membuat simulasi mencari dan menyelamat mangsa bencana.

Layari Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

Kursus Leadership Grooming Programme Kesukarelawan Pengurusan Bencana 1

Kursus Leadership Grooming Programme Kesukarelawan Pengurusan Bencana 3

Kursus Leadership Grooming Programme Kesukarelawan Pengurusan Bencana 2

Kursus Leadership Grooming Programme Kesukarelawan Pengurusan Bencana 4




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 15 November 2019.
Jumlah Pelawat :12354718