WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 4 Mac 2020 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Ilmu Turath dan Tamadun Islam (KIT) telah menganjurkan Kursus Tahsin dan Asas Tarannum Al-Quran pada 3-4 Mac 2020 bertempat di Bilik al-Biruni, Blok Akademik B, ILIM. Kursus dilaksanakan untuk memperbaiki bacaan atau dalam erti kata yang lain tahsin al-Quran adalah sebagai penyempurnaan hal-hal yang berkaitan dengan kesempurnaan lafaz pengucapan huruf-huruf al-Quran. Manakala tarannum pula ada kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), JAKIM dan Kader JAKIM di Kementerian telah menghadiri kursus pada kali ini. Kursus ini telah dibantu sepenuhnya dengan bantuan ceramah oleh Qari terkenal di Malaysia yang telah menjuarai Akademi al-Quran musim ke-4 iaitu Ustaz Ahmad Tirmizi bin Haji Ali.

Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan penguasaan kemahiran al-Quran kepada setiap peserta.    Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan kualiti mutu bacaan al-Quran sedia ada yang telah dikuasai oleh setiap peserta serta dapat melahirkan peserta yang mahir dalam mengaplikasikan tarannum.

Kursus Tahsin dan Asas Tarannum Al Quran Mac 20201

Kursus Tahsin dan Asas Tarannum Al Quran Mac 20202




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 29 Mei 2020.
Jumlah Pelawat :12413389