Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 17 Februari 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama Unit Perhubungan Luar Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah kepada Pegawai-Pegawai MAIWP.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah tersebut telah dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal secara atas talian melalui aplikasi google meet. Program tersebut telah disertai oleh 100 orang kakitangan MAIWP yang terdiri dari pegawai Gred 41 dan 44. Program berlangsung selama 2 jam bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi penjelasan kepada semua peserta tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Program ini berakhir dengan perasmian penutup oleh YBhg Datuk Haji Akbar bin Haji Samon, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP pada jam 11.00 pagi.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi-fungsi agensi selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat MAIWP 1

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat MAIWP 2

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat MAIWP 3

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat MAIWP 4

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat MAIWP 5