WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi , 13 Ogos 2020 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, telah mengadakan Muzakarah Fiqh Mu’asarah: Fardu Ain Vs Fardu Kifayah pada 13 Ogos 2020 bertempat di Bilik Ibn Khaldun, ILIM Kampus Utama Bangi kepada pegawai Hal ehwal Islam di Agensi agama seluruh Malaysia dan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Objektif program ini adalah untuk  memperkasakan penguasaan ilmu fiqh khususnya berkaitan fardu ain dan fardu kifayah di kalangan pegawai hal ehwal Islam.  Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu YBhg. Dato’ Seri Hassan Bin Ahmad, Mantan Mufti Negeri Pulau Pinang.  Program ini berlangsung selama 3 jam yang turut diadakan secara atas talian dan mengupas kitab, sesi perbincangan dan soal jawab.  Seramai 58 peserta telah mengikuti program ini.  Semoga program ini berjaya memberi manfaat dan pendedahan kepada para peserta dalam memahami isu-isu yang berkaitan dengan fiqh.









QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 28 Oktober 2020.
Jumlah Pelawat :12470629