WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 18 Ogos  - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Muhadharah Perdana Siri 2/2020 pada 18 Ogos 2020 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama, Bangi Selangor.

Muhadharah ini diadakan bertujuan bagi mendengar aspirasi dan hasrat YB Timbalan Menteri terhadap kepimpinan institusi agama pada masa kini serta tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh institusi agama dalam memperkasa perkhidmatan hal ehwal Islam mengikut bidang tugas masing-masing.

Di antara objektif muhadharah ini adalah seperti berikut:

a)     Memberi penjelasan mengenai kepimpinan Rabbani dan hala tuju pengurusan hal ehwal Islam;

b)     Meningkatkan kefahaman mengenai tugas dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh institusi agama; dan

c)      Memperkasa hala tuju perkhidmatan hal ehwal agama mengikut bidang tugas maing-masing.

Pada siri Muhadharah pada kali ini, YB Timbalan Menteri telah menyentuh dan memberi penekanan penting kepada beberapa perkara antaranya-

a)        Menjelmakan pentadbiran agama dalam kerangka sebuah negara;

b)        Memperkukuhkan tiang seri agama menerusi kepimpinan kepada yang ahli;

c)         Kebijaksanaan strategik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab secara telus dan berintegriti;

d)        Keperluan dalam usaha memperkukuhkan sistem perundangan dan keadilan syariah;

e)        Naratif pengurusan hal ehwal Islam yang kreatif kepada rakyat; dan

f)          Memperkukuhkan Islam dan melayu sebagai teras perjuangan dalam negara.

Muhadharah pada kali ini disertai oleh seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai-pegawai JAKIM, Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kader JAKIM, Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Semoga muhadharah kali ini menjadi titik tolak kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat di agensi agama untuk meneruskan perkhidmatan dan pengurusan yang terbaik pada masa-masa hadapan.











QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 28 Oktober 2020.
Jumlah Pelawat :12470621