WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

JELEBU, 19 OGOS 2020 – Sesuai dengan hasrat dan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk menjadikan hari Jumaat sebagai Hari Jawi, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pengkaedahan Jawi pada 18-19 Ogos 2020 bertempat di Dewan Hasan Al-Basri, ILIM Kampus Jelebu.

Kursus ini yang dikendalikan oleh Tuan Haji Kamal bin Ismail, Munsyi Jawi Dewan Bahasa Dan Pustaka telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang mengikuti secara bersemuka dan turut diakses melalui aplikasi google meet oleh seramai 18 orang peserta.

Sepanjang 2 hari kursus ini berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan tentang kaedah pengejaan dan penulisan jawi baru yang kebanyakannya tidak diketahui oleh masyarakat sehingga ada diantaranya masih menggunakan kaedah jawi lama. Selain daripada itu, para peserta turut diberikan soalan latihan bagi menambahkan kefahaman dan meningkatkan penguasaan mereka terhadap penulisan jawi. Kursus seperti ini diharapkan dapat menjadi platform asas bagi memperkasa penguasaan Jawi di Malaysia.





 

 




QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 28 Oktober 2020.
Jumlah Pelawat :12470633