Print

Bangi, 19 Ogos – Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kursus Bahasa Isyarat kepada pegawai Hal Ehwal Islam dan skim perkhidmatan yang lain dari pelbagai agensi pada 18 dan 19 Ogos 2020 bertempat di Bilik Qadir Jailani, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.

Kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta berkaitan bahasa isyarat serta kaedah-kaedah berkomunikasi dengan orang kurang upaya pendengaran seterusnya boleh bergaul dengan baik dalam kalangan orang pekak melalui bahasa isyarat. Selain itu, kursus ini juga mendedahkan kehidupan oku pekak dan mengajar golongan tipikal supaya menyantuni golongan ini.

Kursus selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bahasa isyarat iaitu Encik Mohd Zaid bin Hamdan dari Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Bangi. Beliau bukan sahaja menyampaikan ceramah bahkan berkongsi pengalaman mengenai kehidupan orang pekak. Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan skim perkhidmatan hal ehwal Islam dan guru-guru kafa.

Semoga kursus ini berjaya meningkatkan kemahiran peserta dalam berkomunikasi dengan golongan orang kurang upaya pendengaran serta dapat menyantuni golongan ini dengan baik.





Hits: 193