Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
08 April 2021: YB Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah merasmikan dan menyampaikan ucapan aluan kepada semua mufti pada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Islam kali ke-119 yang berlangsung di Melaka Bandaraya Bersejarah. Muzakarah tersebut berlangsung dari 7 hingga 9 April 2021. Dalam ucapannya beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua mufti kerana kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi diberikan. Ini juga berikutan pada tahun kebelakangan ini banyak sekali pertemuan diadakan dalam bentuk sidang video bagi menyelesaikan isu-isu yang berlegar dalam negara. Beliau menambah lagi bahawa keputusan-keputusan hukum yang diputuskan oleh jawatankuasa ini juga mendapat perhatian dari negara-negara luar dan dipersetujui umpamanya hukum keharusan suntikan vaksin ketika berpuasa pada bulan Ramadan. Mesyuarat pada kali ini diadakan dalam bentuk fizikal dan sidang video dengan mematuhi prosedur operasi standard yang ketat setelah sekian lama berlangsung secara sidang video berikutan pandemic COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Serentak dalam pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan sijil dan surat lantikan kepada kepada 10 orang individu atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Keharmonian Antara Agama, atau ringkasnya disebut sebagai Jawatankuasa HARMONI. Jawatankuasa Harmoni ini adalah sebuah jawatankuasa yang telah di jenamakan semula daripada nama asalnya iaitu Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi. Setelah penjenamaan dan penyusunan semula, Jawatankuasa ini dipengerusikan secara bersama oleh YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara dan beliau sendiri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Beliau mengharapkan jawatankuasa ini dapat memberikan sumbangan dengan mencadangkan kepada kerajaan inisiatif-inisiatif, dasar-dasar dan pandangan bagi meningkatkan penghayatan rakyat kepada nilai-nilai agama selaras dengan Prinsip Rukun Negara. Selain daripada itu, Jawatankuasa ini Juga diharapkan dapat memantapkan iklim perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama berteraskan semangat saling hormat-menghormati serta meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam agar menjadi sumber kekuatan negara dan masyarakat. Tokoh-tokoh yang telah dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut ialah:
  1. Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM);

  2. Dato’ Wira Dr Ismail Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI);

  3. Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Negeri Melaka;

  4. Sahibus Samahah Yb Dato’ Hj Yahya Bin Hj. Ahmad Mufti Negeri Johor;

  5. Sahibus Samahah Datuk Hj Bungsu @ Aziz Bin Hj Jaafar Mufti Negeri Sabah;

  6. Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak;

  7. Dato' Haji Razali Bin Shahabudin, Pengerusi Ahli Lembaga Kolej Profesional Baitulmal KL;

  8. Dato' Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia;

  9. Dr. Mohd Sani Bin Badron, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi Dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM);

  10. Prof. Dr. Ainul Jaria Binti Maidin, Professor Kuliah Undang–Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 
Tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik. Semoga dengan kepakaran, pengalaman dan jiwa besar tokoh-tokoh yang dilantik ini, keharmonian, keamanan dan kesejahteraan hidup seluruh rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dapat ditingkatkan demi negara yang kita cintai ini.
 
YB Menteri Merasmikan MKI Kali Ke 119 1
 
YB Menteri Merasmikan MKI Kali Ke 119 2
 
YB Menteri Merasmikan MKI Kali Ke 119 3
 
YB Menteri Merasmikan MKI Kali Ke 119 4
 
YB Menteri Merasmikan MKI Kali Ke 119 5
 
YB Menteri Merasmikan MKI Kali Ke 119 6
 
YB Menteri Merasmikan MKI Kali Ke 119 7
 
YB Menteri Merasmikan MKI Kali Ke 119 8
 
YB Menteri Merasmikan MKI Kali Ke 119 9