Print

BANGI, 5 Oktober 2020 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi, telah menerima Kunjung Hormat dari Jabatan Mufti Negeri Melaka yang diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Ketibaan deligasi telah disambut oleh Pengarah Kanan ILIM, YBrs. Dr. Nordin Ahmad bersama beberapa pegawai kanan yang lain.

Dalam sesi Kunjung Hormat tersebut, SS Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil bersama deligasi telah diberi taklimat berkaitan perlaksanaan kursus-kursus di ILIM  di samping membincangkan berkaitan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak.

Turut hadir sama dalam sesi Kunjung Hormat ini ini ialah YBrs. Tuan Haji Hazarudin bin Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.








Hits: 437