Print

Bangi, 6 dan 7 Oktober 2020 - Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM dan Persatuan Perkhidmatan Pegawai Ugama telah menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Skim Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 dan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 dari ibu pejabat JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) kementerian, jabatan dan agensi berkaitan bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama, Bangi Selangor. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada calon berkaitan teknik menjawab soalan PSL dengan betul dan tepat.

Seminar ini dikendalikan oleh 10 orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dengan perkongsian kepakaran mengenai teknik menjawab soalan PSL dan peraturan pemarkahan. Seramai 164 orang peserta dari kalangan gred S29 dan 82 orang peserta dari kalangan gred S41 telah hadir mengikuti seminar ini.

Diharapkan program ini berjaya memberi pendedahan dan manfaat kepada peserta bagi menjawab soalan peperiksaan peningkatan secara lantikan (PSL) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.








Hits: 370