WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 7 Oktober - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Bengkel Perancangan dan Pelan Srategik Pengurusan Maahad Tahfiz yang ada di negara ini. Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai ILIM dan JAKIM dalam merangka pelan strategik Pengurusan Maahad Tahfiz.

Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Madrasah Maahad Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA) pada 5 hingga 7 Oktober 2020 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Aras Bawah, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama, Bangi, Selangor. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Nordin bin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM.

Bengkel ini diadakan bertujuan memperkasakan pengurusan maahad tahfiz yang ada di seluruh Malaysia mengikut garis panduan yang ditetapkan di samping mewujudkan hubungan strategik dengan agensi-agensi serta NGO yang berkaitan.

Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengetahuan luas dan berpengalaman iaitu Dr. Ruziah binti Ghazali dan Tuan. Hj Mohamed Izam bin Mohamed Yusof. Seramai 18 orang peserta telah hadir mengikuti bengkel ini.

Semoga bengkel ini berjaya memberi pendedahan ilmu dan kemahiran kepada peserta bagi membangunkan Pelan Strategik sebagaimana yang dihajatkan.












QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 27 November 2020.
Jumlah Pelawat :12480534