WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 20 November - Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menghalang pelaksanaan program-program Jabatan, malah dapat menjana usaha-usaha yang kreatif dan inovatif di kalangan warga ILIM.  Liputan program majlis yang diadakan pada 20 November 2020 melalui video conferencing di ILIM Kampus Utama Bangi turut disertai oleh mereka yang berada di luar pejabat khususnya di Kampus Jelebu, Besut, Kundasang, Lawas dan Lahad Datu.

Majlis perhimpunan disempurnakan oleh YBhg. Dr. Nordin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM.  Ketika berucap beliau telah menegaskan kepada pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia sekarang ini.  Antara ucapan lain ialah menyeru semua warga ILIM agar sentiasa memikirkan idea-idea terkini yang kreatif dan inovatif dengan merekayasakan (reengineering) teknologi maklumat dan digital dalam menjayakan tugasan.

Pada majlis ini juga, ILIM mewujudkan inisiatif “ILIM PRIHATIN” yang berperanan sebagai platform pendanaan bagi memudahkan warga ILIM yang ingin menyalurkan sumbangan dalam bentuk bantuan keperluan asas, wang tunai dan peralatan. 

Semoga dengan pelaksanaan projek ini menjadi bukti keprihatinan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam meneruskan kehidupan di samping membawa keberkatan kepada para penyumbang.














QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 27 November 2020.
Jumlah Pelawat :12480535