Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Kompleks Islam Putrajaya - 28 Jun 2021 /17 Zulkaedah 1442H - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Dan Pelaksanaan Bayaran Imbuhan Bulanan Imam Masjid Kariah Seluruh Negara Kali Ke-52 Bil.2 Tahun 2021 secara dalam talian.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM dan dihadiri oleh Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Bahagian Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan wakil-wakil dari pihak JAIN/MAIN.

Ahli mesyuarat telah berbincang mengenai dua kertas iaitu Kertas Permohonan Imam Baru dan Imam Tambahan serta Kertas Makluman Kelulusan Bayaran Imbuhan Bulanan Imam Ganti Bagi Bulan April hingga Jun 2021. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Bayaran Imam Kali Ke 52 1