Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar

Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Penyelarasan 13 Agensi Agama Islam di Bawah Jabatan Perdana Menteri

penang1

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah bekerjasama menganjurkan bengkel bagi membincangkan keperluan untuk mewujudkan satu Bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri. Cadangan pewujudan Bahagian ini adalah mengguna pakai perjawatan yang sedia ada bagi membolehkan isu penyelarasan agensi-agensi agama yang berada di bawah portfolio YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dapat diatasi.

Oleh yang demikian, satu bengkel telah dilaksanana pada 16 -18 Julai 2020 bertempat di Eastern & Oriental, Pulau Pinang bagi membincangkan isu berkenaan seterusnya menentukan hala tuju dan kerjasama antara agensi dapat direalisasikan dengan kadar segera. 

Bengkel ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Selain itu, Tuan Haji Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut hadir dan telah memberikan pandangan serta cadangan pada sesi pembentangan kumpulan dan rumusan bersama YBhg. Dato’ TKSUK dalam bengkel tersebut.

penang2

Bengkel ini telah berjaya mengumpulkan kesemua 13 ketua agensi mahu pun wakil ketua agensi yang berada di bawah YB Menteri dan YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Agama). Bengkel ini turut dihadiri oleh Setiausaha Sulit Kanan pejabat YB Timbalan Menteri iaitu Encik Ahmad al-Muhaymin bin Abd Wahab yang mewakili pejabat YB Timbalan Menteri.

Bengkel ini dimulai dengan sesi perkongsian oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) JPM yang telah memberikan penjelasan berkaitan isu dalam kluster agama berkaitan penyelarasan di antara agensi agama adalah disebabkan ketiadaan satu focal point. Selain itu taklimat penyelasan Pelan Intervensi Kluster Agama Persekutuan (PIKAP) 2019-2025 yang mengandungi 7 kluster melibatkan 13 agensi agama di bawah YB Menteri Agama juga turut dikongsi oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo iaitu Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM. Kedua-dua sesi ini bertujuan untuk percambahan fikiran peserta bengkel dalam usaha mencari kaedah terbaik untuk mengatasi isu ini.

Malah pertemuan yang melibatkan perbicangan oleh ketua-ketua agensi ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat-maklumat berkaitan fungsi-fungsi, kuasa dan peranan setiap agensi agama bagi memastikan bahagian baharu yang diwujudkan lebih komprehensif serta tiada pertindihan daripada pelbagai aspek. Selain itu rasional tugas-tugas penyelarasan dan pemberat dalam fungsi setiap cadangan perjawatan turut dibincangkan bagi mendapatkan gambaran struktur bahagian yang bersesuaian. Perkara ini adalah mustahak dalam memastikan pentadbiran kesemua agensi dapat diselaras dengan baik dan berkesan kelak apabila Bahagian tersebut diwujudkan.

penang15

 penang3

penang4

penang6

penang7

penang9

penang10

penang11

penang12

penang13

penang16

penang19

penang8

penang18

penang20

penang17

 

Diurusetiakan oleh Cawangan Hubungan Luar (BKHL JAKIM)