WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia pada 28 Januari 2020. Persidangan ini merupakan salah satu platform yang menghimpunkan para Mufti dan Timbalan Mufti seluruh Malaysia bagi membincangkan secara khusus hal-hal berkaitan pengurusan, pentadbiran dan pembangunan institusi fatwa di Malaysia.
 
Persidangan ini merupakan usaha yang dilaksanakan oleh JAKIM dalam merangka kerjasama berstrategik dengan Jabatan Mufti Negeri bagi mendepani cabaran isu-isu semasa Islam memandangkan kedua-dua agensi agama ini saling memerlukan di antara satu sama lain dalam memantapkan dan memperkukuhkan kedudukan Islam di Negara ini.
 
Antara objektif utama persidangan ini adalah:-
 
i. Membincang dan menyelaras isu-isu pengurusan dan pembangunan institusi fatwa melalui medium perbincangan yang sistematik dan berkala antara JAKIM dan semua Jabatan Mufti Negeri;
ii. Bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan dan penyelarasan institusi fatwa sentiasa dikemaskini dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa; dan
iii. Bertanggungjawab memastikan jalinan koordinasi di antara Kerajaan Pusat dan Jabatan Mufti seluruh Negeri dilaksanakan secara menyeluruh.
 
Perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sokongan, nasihat dan panduan para Ashabus Samahah Mufti-Mufti amat diharapkan dalam memartabatkan Islam sebagai agama rahmah dalam pentadbiran Negara.
 
Selain Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia, JAKIM juga merupakan hos Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Ia merupakan satu lagi platform yang menghimpunkan Mufti seluruh Malaysia serta Ahli Lantikan Majlis Raja-Raja khusus bagi membincangkan isu-isu nasional yang memerlukan pandangan hukum sebagai panduan kepada seluruh umat Islam.
 
Persidangan Mufti Seluruh Malaysia 2020 1
 
Persidangan Mufti Seluruh Malaysia 2020 2
 
Persidangan Mufti Seluruh Malaysia 2020 3
 
Persidangan Mufti Seluruh Malaysia 2020 4
 
Persidangan Mufti Seluruh Malaysia 2020 5
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 27 Februari 2020.
Jumlah Pelawat :12383867