WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Putrajaya: 28 Januari 2020 (Selasa) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multi Media Malaysia (SKMM) telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Aplikasi Smart Hadith di Hotel Zenith Putrajaya.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Aplikasi Mobil Smart Hadith dengan tagline “Hadith Sahih Di Hujung Jari” yang dibangunkan ini merupakan satu platform yang mudah digunakan oleh pengguna bagi mendapatkan hadith yang sahih. Terdapat pelbagai koleksi hadith berdasarkan kitab, bab, perawi dan lain-lain.
 
Objektif utama aplikasi ini dibangunkan adalah :-
  1. Memartabatkan hadith sebagai rujukan kedua selepas al-Quran;
  2. Sebagai gerbang maklumat alternatif (kedua) yang disediakan untuk pengguna mendapatkan pelbagai koleksi hadith;
  3. Menjadi pemudahcara dalam proses semakan dan carian hadith sahih;
  4. Membantu golongan sasaran seperti pendakwah, penyelidik, pensyarah dan pelajar;
  5. Meningkatkan kepantasan capaian terhadap maklumat yang disediakan;
 
1. Fungsi utama aplikasi Smart Hadith;
  1. Carian;
  2. Hadith harian;
  3. Perkongsian maklumat ke media sosial
  4. Hadith yang paling popular
  5. Bookmar dan
  6. Pertanyaan
 
Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan telah dibangunkan bermula pada 8 Mac 2018 dan siap sepenuhnya pada 28 Februari 2019.
 
Aplikasi adalah mesra pengguna kerana boleh dicapai dengan versi Android dan juga IOS.
 
Pelancaran Aplikasi Smart Hadith 1
 
Pelancaran Aplikasi Smart Hadith 2
 
Pelancaran Aplikasi Smart Hadith 3
 
Pelancaran Aplikasi Smart Hadith 4
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 27 Februari 2020.
Jumlah Pelawat :12383890