WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Kompleks Islam Putrajaya, 12 Mac 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 01 Tahun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Hakim, Aras 4, Blok A, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM dan dihadiri oleh ahli-ahli Panel Pakar Falak yang dilantik berdasarkan jawatan dan kepakaran.

Mesyuarat ini telah menganalisis dan mengesahkan data bagi penentuan awal Ramadan, Syawal & Zulhijjah 1441H/2020, semakan Takwim 2022/1443-1444H dan membuat beberapa keputusan dasar melalui kertas-kertas pembentangan.

Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia; YBhg. Dato’ Sr. Dr. Azhari bin Mohamed jua telah menyampaikan terbitan JUPEM kepada Ketua Pengarah JAKIM yang diwakili oleh Pengarah Kanan Bahagian Pengelidikan JAKIM sebuah Buku AlManak Falak Syarie Malaysia Bagi Tahun 2020 kepada JAKIM sebagai rujukan bagi perhitungan data cerapan hilal dan hitungan waktu solat bagi lokasi seluruh Malaysia.
 
Mesyuarat PPF Bil 01 Tahun 2020 1
 
Mesyuarat PPF Bil 01 Tahun 2020 2
 
Mesyuarat PPF Bil 01 Tahun 2020 3
 
Mesyuarat PPF Bil 01 Tahun 2020 4
 
Mesyuarat PPF Bil 01 Tahun 2020 5
 
Mesyuarat PPF Bil 01 Tahun 2020 6
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 28 Mac 2020.
Jumlah Pelawat :12392145