Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi,27 Januari 2021 – Kursus Pengurusan Falak Syarie telah dilaksanakan pada 26-27 Januari 2021 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Bangi anjuran Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam ILIM . Kursus ini diadakan secara hybrid iaitu bersemuka dan secara atas talian kepada Panel Pakar Falak dan Pegawai Falak di Jabatan/Pejabat Mufti Malaysia.

Ia diadakan bertujuan menyelaras aktiviti falak takwim dan mengesahkan Standard of Prosedur (SOP) arah kiblat. Antara penceramah jemputan kursus ini ialah Ustaz Khairul Anuar bin Yazid, Penolong Pengarah dari Bahagian Penyelidikan JAKIM. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pakar Panel Falak JAKIM.

Antara slot menarik yang telah dikupas oleh pembentang ialah kajian fenomena gerhana matahri dan bulan, diskusi pakar-pakar falak dan isu semasa berkaitan arah kiblat.

Semoga ia kursus ini dapat meningkatkan lagi mutu kemahiran pegawai falak di Jabatan/Pejabat Mufti Malaysia agar bidang ilmu falak terus dikembangkan.

Kursus Pengurusan Falak Syarie 1

Kursus Pengurusan Falak Syarie 2

Kursus Pengurusan Falak Syarie 3

Kursus Pengurusan Falak Syarie 4