Kurator Berita : Bahagian Dakwah
5 April 2021 - JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bekerjasama memastikan petugas pasukan pengurus jenazah berisiko Covid-19 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selamat menerima suntikan dos pertama vaksinasi, hari ini.
 
Seramai 69 orang petugas terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAKIM termasuk Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan JAWI serta Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima suntikan vaksin dos pertama tersebut, bertempat di Kompleks Sukan Desa Tasik, Kuala Lumpur.
Semoga petugas pasukan pengurusan jenazah Covid-19 yang menerima suntikan ini dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat terus berkhidmat untuk negara.
 
Vaksinasi Untuk Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM dan JAWI 1
Sebahagian pengurus jenazah berisiko Covid-19 lelaki sedang menaiki bas untuk ke Kompleks Sukan Desa Tasik, Kuala Lumpur untuk divaksin.
 
Vaksinasi Untuk Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM dan JAWI 2
Sebahagian pengurus jenazah berisiko Covid-19 perempuan sedang menaiki bas untuk ke Kompleks Sukan Desa Tasik, Kuala Lumpur untuk divaksin.
 
Vaksinasi Untuk Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM dan JAWI 3
Sebahagian peserta sedang menunggu giliran untuk divaksin.
 
Vaksinasi Untuk Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM dan JAWI 4
Salah seorang peserta sedang divaksin
 
Vaksinasi Untuk Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM dan JAWI 5
Selesai divaksin dan sedang dalam proses pemantauan selama 30 minit.
 
Vaksinasi Untuk Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM dan JAWI 6
 
Vaksinasi Untuk Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM dan JAWI 7
Selesai sepenuhnya program vaksinasi pengurus jenazah berisiko Covid-19