Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 31 Oktober 2018 - Perniagaan bukannya satu bidang yang asing dalam Islam, malah ia diiktiraf sebagai antara mata pencarian utama dalam kehidupan. Tidak hairanlah, semasa zaman kegemilangan tamadun Islam dahulu, bandar-bandar besar di empayar Islam bukan hanya menjadi pusat keilmuan dan kebudayaan tetapi juga tumpuan perniagaan yang terkenal.

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal telah mengadakanKursus Keusahawanan Islam pada 30 dan 31 Oktober 2018 bertempat di Bilik Ibn Sina, ILIM Bangi, Selangor.

Kursus ini menekankan pengetahuan mengenai ilmu keusahawanan Islam, memberi penjelasan tentang etika keusahawanan menurut syariat Islam dan memberi pendedahan berkenaan isu-isu keusahawanan di Malaysia.

Mengambil ibrah kehidupan Nabi SAW yang juga merupakan seorang usahawan yang sangat disegani ketokohannya, berbekalkan sikap amanah, jujur dan telus ketika menjalankan perniagaan, baginda berjaya mengendalikan setiap urusan jual beli tanpa sebarang masalah.

Inilah ciri-ciri dan sikap yang ditekankan dan perlunya ada dalam diri setiap individu yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan dan keusahawanan.

Justeru, modul kursus ini mengetengahkan aspek etika berniaga dalam Islam yang mempunyai signifikan terutama kepada peserta yang berminat untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan.ke arah melahirkan golongan usahawan yang berinovasi, kreativiti dan bersedia menghadapi risiko mendatang berpaksikan etika perniagaan Islam.

berniaga1