Kurator Berita : Bahagian Dakwah
JAKIM MENGANJURKAN PROGRAM “CEO CORPORATE TALK 2020”
 
Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) telah menganjurkan program “CEO Corporate Talk 2020” pada 13 Februari 2020 (Khamis) di The Zenith Hotel, Putrajaya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) telah menganjurkan program “CEO Corporate Talk 2020” bertempat di The Zenith Hotel, Putrajaya.

Program ini bertujuan meluaskan program dakwah dengan menjalinkan kerjasama erat di kalangan syarikat-syarikat korporat negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf yang merasmikan program tersebut berkata, inisiatif berterusan jalinan kerjasama dakwah syarikat-syarikat korporat yang terlibat dengan JAKIM itu perlu diperkukuh dalam membangunkan ummah. Konsep dakwah seumpama ini juga perlu digambarkan secara meluas, sejajar dengan Sustainable Development Goal (SDG) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Beliau turut menyampaikan Buku Aspirasi Pentadbiran Islam Malaysia Baharu, Gagasan Ke Arah Masyarakat Rahmah kepada wakil syarikat korporat yang hadir.
Hadir sama dalam program ini adalah Timbalan Menteri, Puan Hajah Fuziah Salleh.

Diantara syarikat korporat yang hadir pada program tersebut ialah Petronas, TNB, Karangkraf, Bank Islam, Bank Muamalat, Malaysia Airlines dan lain-lain.
 
JAKIM Anjurkan Program CEO Corporate Talk 2020 1
 
JAKIM Anjurkan Program CEO Corporate Talk 2020 2
 
JAKIM Anjurkan Program CEO Corporate Talk 2020 3
 
JAKIM Anjurkan Program CEO Corporate Talk 2020 4