Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM)  dengan kerjasama Jabatan Agama Islam  Perak ( JAIPk ) telah mengadakan Multaqa’ Imam, Guru Kafa, Guru Takmir dan Jawatankuasa Kariah peringkat negeri Perak pada 20 Oktober 2015 bertempat di Dewan Sebarau, Bukit Merah Lake Town Resort , Perak.  Program ini telah dihadiri oleh 1500 orang peserta yang terdiri daripada imam, guru takmir, guru KAFA dan jawatankuasa kariah seluruh negeri Perak.
 
Multaqa ini dimulakan dengan sesi pembentangan kertas kerja bertajuk Indeks Syariah di Malaysia yang disampaikan oleh Dr Aidit bin Ghazali Pakar Perunding Indeks Syariah Malaysia. Pembentangan kertas kerja ini merupakan pendedahan kepada peserta berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan yang perlu difahami dan dihayati seterusnya disampaikan kepada masyarakat setempat.
 
Majlis perasmian multaqa dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB. Dato’ Nizar bin Zakaria, Exco Agama, Pendidikan Islam, dan Pembangunan Sahsiah negeri Perak. Dalam ucapannya,  beliau menasihatkan kepada para peserta supaya sentiasa peka kepada isu-isu semasa berkaitan dengan ancaman-ancaman aqidah dan pengaruh sosial yang sering berlaku dalam masyarakat di negara ini. Dalam ucapannya juga, beliau telah  menekankan soal perpaduan negara dan umat Islam yang berteraskan konsep wasatiyyah sebagai agenda utama kerajaan. Beliau turut menyatakan bahawa peranan imam, jawatankuasa masjid, guru Takmir dan guru KAFA merupakan tunggak utama dalam menyatupadukan umat Islam dan menjadikan institusi masjid sebagai satu institusi yang dihormati dan harmoni.
 
Seterusnya ucapan perasmian oleh YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam ucapan perasmiannya menyeru kepada para imam, jawatankuasa masjid, guru-guru takmir dan guru-guru KAFA sentiasa membantu pihak kerajaan dalam membangunkan ummah dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik disamping menjadikan institusi masjid dan institusi pendidikan islam sebagai penjana pembangunan insan syumul.  Beliau juga menekankan tentang perlunya kerjasama dari pelbagai pihak dalam memartabatkan Islam di negara ini dari semua aspek samada aspek pendidikan, pengurusan, muamalat dan sebagainya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Perak yang sentiasa memberikan kerjasama yang amat baik dalam membantu kerajaan persekutuan membangunkan institusi masjid dan juga pendidikan islam.
 
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah YBhg Dato’ Haji Mohd Yusof bin Hussein, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, YBhg Dato’ Ali bin Mohamed, Pengarah Bahagian Dakwah yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
YBhg Dato’ Ali bin Mohamed yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM telah menyampaikan replika cek peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Perak bagi bayaran imbuhan imam, elaun guru takmir, guru KAFA dan PPMD sebanyak RM 47,365,750.00 dalam majlis tersebut.
 
 
Multaqa Imam Guru Kafa Guru Takmir Perak 2015 1
 
Multaqa Imam Guru Kafa Guru Takmir Perak 2015 2
 
Multaqa Imam Guru Kafa Guru Takmir Perak 2015 3
 
Multaqa Imam Guru Kafa Guru Takmir Perak 2015 4
 
Multaqa Imam Guru Kafa Guru Takmir Perak 2015 5
 
Multaqa Imam Guru Kafa Guru Takmir Perak 2015 6
 
Multaqa Imam Guru Kafa Guru Takmir Perak 2015 8
 
Multaqa Imam Guru Kafa Guru Takmir Perak 2015 9
 
Multaqa Imam Guru Kafa Guru Takmir Perak 2015 10
 
Multaqa Imam Guru Kafa Guru Takmir Perak 2015 11