Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 7:01 Zohor : 13:13 Asar : 16:37 Maghrib : 19:21 Isyak : 20:35

BENGKEL PEMURNIAN DRAF PELAN STRATEGIK DARUL HADITH MALAYSIA 2018-2022
 
 
Jakim melalui Unit Darul Hadith di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah berjaya mengadakan Bengkel Pemurnian Draf Pelan Strategik Darul Hadith Malaysia 2018-2022 pada 18 April 2017 di Bilik Mesyuarat Aras 4, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
 
Tujuan diadakan bengkel tersebut ialah untuk memurnikan draf Pelan Strategik DHM 2018-2022 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Darul Hadith pada 21 Mac 2017. Dalam bengkel tersebut, satu taklimat berkaitan dengan Pengurusan Strategik telah disampaikan oleh pegawai MAMPU iaitu Puan Azra Haida binti Baharom, Ketua Pen. Pengarah Kanan, Bahagian Perundingan Pengurusan 1.
 
Draf tersebut telah dibentang kepada ahli mesyuarat dan telah mendapat pandangan dan khidmat nasihat daripada beliau. Bengkel ini dihadiri oleh AJK Kerja DHM seramai lima orang. Bengkel tersebut dipengerusikan oleh Prof Madya Dr. Mohd Fauzi bin Mohd Amin daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
Hasil daripada bengkel tersebut, draf Pelan Strategik DHM 2018-2022 akan dikemaskini dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Darul Hadith yang akan datang. Draf tersebut akan dikemukakan kepada Pihak Pengurusan Tertinggi Jakim untuk mendapat persetujuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Bengkel Pemurnian Draf Pelan Strategik Darul Hadith 1
 
Bengkel Pemurnian Draf Pelan Strategik Darul Hadith 2
 
Bengkel Pemurnian Draf Pelan Strategik Darul Hadith 3
 
Bengkel Pemurnian Draf Pelan Strategik Darul Hadith 4
 
Bengkel Pemurnian Draf Pelan Strategik Darul Hadith 5
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 25 Mei 2017.
Jumlah Pelawat :10942064