Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H
Dan Sesi Taklimat Penyelidik Falak Bersama
Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM
 
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan aktiviti Cerapan Hilal Zulkaedah 1441 di Balai Cerap Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada hari Selasa 22 Jun 2020 bersamaan 30 Syawal 1441H bersama Penyelidik Falak Universiti Malaya, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
 
YBhg. Dato’ Sirajuddin bin Suhaimee; Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM yang diiringi oleh YBrs. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip; Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM, Ustaz Khairul Anuar bin Yazid; Pegawai Falak JAKIM dan Encik Muzamir bin Mazlan; Penolong Pengurus Balai Cerap Telok Kemang telah meneliti hasil rakaman teleskop matahari dan teleskop terbesar Malaysia di Kubah Utama Balai Cerap Telok Kemang.
 
Hilal Zulkaedah 1441H berjaya dicerap dan direkod dengan kenampakan hilal yang diketuai rombongan oleh S.F Tuan Amran bin Haji Awaludin; Timbalan Mufti Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Turut mencerap hilal pada kali ini adalah pegawai-pegawai Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
           
Program berakhir dengan sesi taklimat ringkas oleh penyelidik-penyelidik falak Universiti Malaya yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin. Kajian dan penyelidikan falak berkaitan anak bulan di Malaysia telah berjaya menghasilkan kalendar miladi-hijri dan penulisan jurnal falak di peringkat negara, nusantara dan antarabangsa.
 
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H 1
 
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H 2
 
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H 3
 
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H 4
 
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H 5
 
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H 6
 
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H 7
 
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H 8
 
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H 9
 
Cerapan Hilal Zulkaedah 1441H 10