WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

MKI65 1

MKI65 2

 

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia atau ringkasnya disebut MKI dengan jaya telah diadakan pada 7 Rejab 1440 Hijrah bersamaan 14 Mac 2019 (Khamis). Mesyuarat Kali Ke-65 ini dipengerusikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Ia mencatat sejarah sebagai mesyuarat kali pertama sejak pemerintahan kerajaan baharu di bawah Kerajaan Persekutuan setelah bersidang kali terakhir pada 19 September 2017. 37 orang ahli mesyuarat yang hadir terdiri daripada Menteri Besar/ Ketua Menteri Negeri-negeri seluruh Malaysia dan ahli-ahli yang dilantik dari kalangan pakar akademik dan profesional.

Mesyuarat tersebut telah membincang dan memutuskan tiga (3) Memorandum cadangan iaitu mengenai Pelaksanaan Gagasan Negara Rahmah dalam Pentadbiran Negara yang dibentangkan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Memorandum cadangan yang kedua mebincangkan mengenai Pengawalseliaan Amalan Pengubatan Islam di Malaysia Mengikut Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775) Kementerian Kesihatan Malaysia yang dibentangkan oleh YBhg. Datuk Dr. Haji Rohaizat bin Haji Yon, mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia. Cadangan ketiga ialah mengenai Fungsi Penubuhan dan Pelaksanaan Program di Institusi Pengajian Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dibentangkan oleh YBhg. Datuk Mohd. Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM. Selain itu, mesyuarat pada kali ini turut menjelaskan mengenai empat (4) pemakluman iaitu mengenai penyeragaman Undang - Undang Syariah di Malaysia, pembentangan Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie, Inisiatif Mobilisasi Hartanah Wakaf dan pandangan hukum yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI.

Kini, MKI sudah mencapai usia 50 tahun (Jubli Emas) sejak penubuhannya pada 1 Julai 1969. Ia merupakan manifestasi kematangan dan kesungguhan kerajaan untuk memartabatkan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.  Selain berperanan sebagai platform syura tertinggi bagi menyelaras aspek perundangan, pentadbiran dan pendidikan Islam negara, MKI turut berperanan sebagai pemain utama dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam dengan misi untuk mewujudkan kesatuan dan kebersamaan antara negeri-negeri dalam menghadapi isu-isu dan cabaran-cabaran mutakhir. Bagi merealisasikan tujuan tersebut, MKI dirancang akan bersidang dengan kekerapan sebanyak tiga (3) kali sepanjang tahun 2019.

 

Laporan disediakan oleh:

 

Sekretariat MKI

Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM

 MKI65 3

MKI65 4

MKI65 5

MKI65 6

MKI65 7

MKI65 8

MKI65 9

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2019.
Jumlah Pelawat :12348179