WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-66 pada 13 Jun 2019 yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri telah bersetuju untuk menerima cadangan mengenai inisiatif menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam iaitu Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) serta penubuhan dua (2) jawatankuasa iaitu :
  • Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Sosial Islam yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).
  • Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Penubuhan dua (2) jawatankuasa ini adalah untuk memastikan permasalahan sosial dalam kalangan umat Islam dapat ditangani secara holistik dan sepadu oleh semua agensi dan jabatan yang berkaitan. Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Sosial Islam Kali Pertama pada 30 Ogos 2019 (Jumaat). Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) ini telah dihadiri oleh YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh,Timbalan Menteri di JPM (Agama) selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu PTSI, YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim; Ketua Pengarah JAKIM selaku Setiausaha Jawatankuasa, serta ketua-ketua setiausaha/ wakil daripada sembilan (9) buah kementerian dan Pengarah-pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia

 

Secara umumnya, beberapa persetujuan telah dapat dicapai hasil daripada mesyuarat yang diadakan ini iaitu:

  • Pelan Tindakan ini akan dijadikan sebagai satu pelan tindakan induk bagi menangani permasalahan sosial di kalangan umat Islam di Malaysia;
  • Semua agensi bersetuju untuk bekerjasama menjayakan pelan ini dengan mengadakan program yang lebih berfokus dan sepadu; dan
  • Pendekatan RAHMAH – Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat dijadikan sebagai elemen utama dalam pelaksanaan program-program PTSI.
 
IMG 4964 1
 
WhatsApp Image 2019 09 05 at 8.57.22 AM
 
WhatsApp Image 2019 09 05 at 8.57.22 AM 1



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 September 2019.
Jumlah Pelawat :12339052