Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Kluster Ilmu Teras, ILIM telah melaksanakan Kursus Tahsin Qiraah (Ulum Al- Quran) pada 3 & 4 Mei 2017 bertempat di Bilik Sibaweh, Aras 1, Blok Akademik B.  Kursus ini dihadiri oleh Pegawai Hal-Ehwal Islam dari JAKIM, JAIN dan MAIN.

Antara Objektif kursus ini diadakan:

  1. Memberi pengetahuan mengenai asas-asas ilmu perkembangan al-Quran
  2. Memberi pendedahan tentang sejarah perjalanan al-Quran
  3. Memberi pengetahuan mengenai asas-asas ilmu tajwid

Kandungan kursus ini menekankan perkara berikut :

  • Pengenalan al-Quran
    Oleh : Ustaz Shamsul Bahari bin Dahalan
    Penolong Pengarah Kanan, Masjid Putra

  • Sejarah Perkembangan Ilmu Qiraat
    Oleh : Ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah
    Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Rasm Uthmani : Sejarah & Metod Penulisan
    Oleh : Ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah
    Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Ilmu Dhobt & Fawasil Al-Quran
    Oleh : Ustaz Amru Al-Haz bin Adnan
    Imam Masjid Negara

  • Kepentingan Menguasai Ilmu Tajwid & Taranum
    Oleh : Ustaz Amru Al-Haz bin Adnan
    Imam Masjid Negara

  • Akta Penerbitan & Percetakan Teks Al-Quran
    Oleh : Ustaz Jaffri bin Abdullah
    Timbalan Setiausaha Bahagian
    Unit Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri