Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 12 April 2019 – Akal yang sihat bermula dari jasmani dan fizikal yang sihat. Dengan bersukan kita mampu meningkatkan kecergasan badan sekali gus mencerdaskan otak. Bukan itu sahaja seseorang yang aktif dan cergas dalam sukan akan lebih bertenaga dalam melakukan rutin harian. Oleh yang demikian, Institut Latihan Islam Malaysia telah menetapkan hari sukan mingguan akan dilaksanakan pada setiap hari Jumaat, minggu ke-2 dan ke-4 pada setiap bulan.

Sebagai pembukaan, Program Pelancaran Sukan Mingguan ILIM 2019 hari ini telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Kanan ILIM, Puan Hajah Zawanah binti Muhammad dan sesi warm-up yang dipimpin oleh pegawai belia dan sukan ILIM, Encik Mohd Addam bin Jusman. Sesi petang yang penuh ceria ini mendapat penglibatan seluruh warga ILIM Kampus Utama.

Mengambil inspirasi Sukan ILIM (SUKIM) yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2018, kali ini ILIM komited meneruskan agenda sihat ini dengan penganjuran Perlawanan Persahabatan antara Team Pengurusan vs Team Latihan melibatkan acara Bola Tampar Campuran dan Memanah.

Acara sukan ini akan dipelbagaikan pada minggu sukan seterusnya dan pasukan yang mengumpul jumlah mata tertinggi akan dinobatkan sebagai juara SUKIM 2019. Ini juga membuktikan, sukan mampu menyatukan ukhwah seluruh warga ILIM. 

ILIMFIT1

ILIMFIT2

ILIMFIT3

ILIMFIT4

ILIMFIT6

ILIMFIT5