Kurator Berita : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
Pada 24 Jun 2020 (Rabu) IPDAS telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk meraikan detik berakhirnya Puan Sarbanun Binti Haji Abdul Rahman berkhidmat sebagai kakitangan di IPDAS, beliau akan bersara wajib.
 
Pihak IPDAS merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dikerahkan selama berkhidmat di IPDAS.
 
Banyak cabaran dan kejayaan telah diharungi bersama beliau, disini ada tangisan, ada perjuangan, ada luka, ada tawa, bahagia dan ianya akan kekal dalam sejarah IPDAS selamanya. Segala pengorbanan dan usaha yang telah beliau sumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung selama 35 tahun berkhidmat, banyak membantu IPDAS sehinggalah pada kedudukan masa ini.
 
Selamat bersara dan selamat maju jaya juga diucapkan kepada beliau. Semoga kenangan berkhidmat di IPDAS menjadi memori terindah kepada beliau.
 
Bak kata pepatah di mana ada pertemuan, di sana ada perpisahan. Semoga pertemuan dan perpisahan yang terjadi ini kerana Allah SWT.
 
Bakti Disanjung Budi Dijunjung 1
 
Bakti Disanjung Budi Dijunjung 2
 
Bakti Disanjung Budi Dijunjung 3
 
Bakti Disanjung Budi Dijunjung 4