Kurator Berita : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
23 Jun 2020 (selasa)- Dengan keunikan dan kepelbagaian latar belakang pelajar IPDAS, tidak semua pelajar dapat mengikuti sesi PDP secara atas talian. Walaupun begitu, para pensyarah IPDAS tidak berputus asa untuk menjejaki salah seorang pelajar SPID iaitu Jurus Bin Sungim, yang tinggal jauh di pedalaman di kampung Lobou Timbua, Ranau, Sabah.

Bagi memastikan beliau tidak ketinggalan dengan subjek dan peperiksaan, Pendaftar IPDAS (Ustaz Datu Mohd Sallehin Bin Moksan) KPP Pusat Kecemerlangan Mahasiswa (Ustaz Muhammad Zubair Bin Samsidi ) dan Kaunselor IPDAS (Sir Mohamad Hafizi Nurodin) telah mengambil inisiatif untuk bertemu beliau di kampung halaman dan memberikan tugasan dan soalan peperiksaan.

Semoga komitmen dan usaha yang dilakukan para pensyarah IPDAS diberkati oleh Allah Swt demi melahirkan graduan yang mampu menyampaikan ilmu Islam di bumi Sabah khususnya.
 
Ipdas Jejak Pelajar Pasca Covid 19 1
 
Ipdas Jejak Pelajar Pasca Covid 19 2
 
Ipdas Jejak Pelajar Pasca Covid 19 3