Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:42 Syuruk : 7:05 Zohor : 13:18 Asar : 16:44 Maghrib : 19:27 Isyak : 20:43

Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2017 pada 25 Mei 2017 bertempat di Dewan Al-Hikmah Petrajaya Kuching. Program ini telah dihadiri seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada imam, bilal, pegawai dan jawatankuasa masjid dan surau, guru-guru takmir serta guru-guru KAFA di Negeri Sarawak.

Di dalam program tersebut, para peserta telah mendengar sesi ceramah yang menarik yang bertajuk Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah Mengekalkan Perpaduan Ummah oleh Tuan Haji Khalidi Bin Haji Ibrahim, Timbalan Pengarah JAIS. Kemudian, slot kedua iaitu forum perdana bertajuk Rahmat di Sebalik Perbezaan Pendapat telah dikupas oleh dua orang ahli panel iaitu Ustaz Haji Mohd Ihsan bin Haji Haidzhir, Timbalan Imam Besar Negeri Sarawak dan Tuan Haji Hazaruddin Bin Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya. Moderator forum tersebut ialah Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan dari JAKIM Cawangan Sarawak.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan antara tetamu kenamaan yang hadir adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM dan Tn Hj Ismail bin Hj Mohd. Hanis, PengarahJabatan Agama Islam Sarawak.

Bersempena program ini juga, sebanyak duareplika cektelah disampaikan iaitu Peruntukan Kerajaan Persekutuan Bagi Bayaran Imbuhan Imam, Elaun Guru KAFA dan Guru Takmir Negeri Sarawak Tahun 2017 berjumlah RM 36,229,836.00 dan Bayaran One-Off Imbuhan Kepada Bilal dan Siak Masjid Bagi Negeri Sarawak sebanyak RM 284,000.00. Penyerahan kedua-dua replika cek ini diserahkan oleh,Ketua Pengarah JAKIM kepada PengarahJabatan Agama Islam Sarawak dan disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

2 copy

 

6 copy

 

4

 

5

 

3 copy copy copy




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11143407