Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:21

Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Agama Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan pada 4 hingga 6 Ogos 2017 bertempat Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang merupakan tuan rumah pada penganjuran kali ini.

Penganjuran ini adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan agama Islam masa kini berdasarkan keperluan masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan.

Pelajar Sekolah Agama Negeri dan Rakyat (SAN dan SAR) yang mengambil bahagian berpeluang menerima 10 markah merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara, bagi memastikan pelajar sekolah agama menerima peluang pembelajaran yang lebih sistematik dan berdaya saing.

Majlis perasmian telah diadakan penuh gilang gemilang pada 6 Ogos 2017 (Ahad) jam 9.00 pagi di Dataran Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang . TYT Tun Dato’ Sri Utama (Dr) Haji ABD Rahman bin Haji Abbas, Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang telah merasmikan majlis tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Abdul Malik bin Abdul Kassim, Exco Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya, Adun Balik Pulau dan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Haji Salleh bin Man Yang DiPetua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ybhg Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Haji Sazali bin Haji Hussin Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, YBhg. Tuan Masri bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Puan Hajjah Hakimah bt Mohd Yusoff, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, Pengarah-Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

Sebanyak 13 kontinjen dari 13 negeri telah diperkenalkan semasa majlis perasmian dengan mengibarkan bendera setiap negeri dan setiap negeri. Seramai 600 peserta telah terlibat dan bertanding dalam setiap acara yang dipertandingakan.

Sebanyak 10 acara telah dipertandingkan sepanjang majlis berlangsung iaitu Tilawah Al-Qur’an (lelaki dan perempuan), Tahfiz Al-Qur’an (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Inggeris (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Melayu(lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Arab (lelaki dan perempuan), Bahas Ala Parlimen, Kuiz Dini, Khat (lelaki dan perempuan), Nasyid (lelaki dan perempuan) dan satu acara pengenalan iaitu Kitab Turath.

Kesemua peserta yang menyertai MIISMAM adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri dan Rakyat (SAN dan SAR) yang mewakili semua negeri seluruh Malaysia.
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.13.41 PM
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.13.42 PM
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.13.44 PM1
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.13.46 PM
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.13.46 PM1
 
WhatsApp Image 2017 08 14 at 3.13.44 PM
 
KEPUTUSAN MISSMAM 2017
 
 
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11809862