Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Putrajaya - 13 Februari 2019 JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pendakwaan Syariah bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS, Tuan Mohamad Kori bin Jusoh dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Pendakwa Syarie (KPS) seluruh Malaysia. 

Mesyuarat ini bertujuan memohon pandangan negeri dalam usaha memantapkan institusi pendakwaan syariah selaras dengan keperluan dan kehendak semasa. Antara perkara yang yang ditekankan dalam mesyuarat tersebut ialah : 

1. Pemerkasaan institusi pendakwaan syariah ke arah struktur yang lebih relevan dengan kehendak semasa serta            perlaksanaan yang lebih berkesan.

2. Menyelaras dasar pelaksanaan penguatkuasaan dan pendakwaan, undang-undang syariah, menggubal arahan,            garis panduan dan peraturan yang seragam dengan penguatkuasaan dan pendakwaan.

Ini merupakan salah satu langkah BPPPS dalam memantapkan pengurusan hal ehwal pendakwaan syariah dan memartabatkan agama Islam secara umumnya.

 

jkk pd 2019 1

 

jkk pd 2019 2

 

jkk pd 2019 3

 

jkk pd 2019 4

 

jkk pd 2019 5