Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 02 November - Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, JAKIM telah menganjurkan Kursus Pengurusan dan Pemantapan Media Sosial ke Arah Kecemerlangan Organisasi bertempat di Bilik Simulasi, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari itu dihadiri oleh 12 orang pentadbir media sosial dari pelbagai cawangan dan unit di Bahagian Hab Halal, JAKIM termasuk Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC).

Sesi perkongsian berkenaan kursus pada kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Faizal Mohd Akhir, Penolong Pengarah Kanan, Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Turut hadir bersama YBhg. Dato Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM yang berbesar hati menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus pada kali ini.

Semoga dengan kursus seumpama ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan kreativiti di kalangan pentadbir media sosial dalam menyampaikan info-info serta hasrat Jabatan dan Bahagian dengan lebih cekap dan berkesan kepada masyarakat.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/KursusPengurusanMediaSosial

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

KURSUS MEDIA 0102112018 1

KURSUS MEDIA 0102112018 2

KURSUS MEDIA 0102112018 3