Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:01 Zohor : 1:08 Asar : 4:15 Maghrib : 7:10 Isyak : 8:19

PUTRAJAYA, 12 Januari 2018 YAB Dato’Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Pelaksanaan Resolusi Warshah Islah Pendidikan Islam LEPAI yang bertujuan memastikan pencapaian dan penyelarasan tindakan susulan setiap resolusi dilaksanakan dengan baik oleh semua pihak yang terlibat.

 

Ini membuktikan keseriusan dan kesungguhan Kerajaan merealisasikan tujuh resolusi yang dicapai dalam Warshah Islah Pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang telah diadakan pada 13 hingga 15 Jun 2017 yang lalu. Resolusi tersebut telah diserahkan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof Noor selaku Pengerusi LEPAI kepada YAB Timbalan Perdana Menteri semasa majlis penutup Warshah Islah Pendidikan Islam LEPAI yang turut dihadiri YB Menteri Pendidikan, YB Menteri di Jabatan Perdana dan YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

Mesyuarat yang telah dilaksanakan ini turut disertai YB Menteri Pendidikan dan YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta agensi-agensi Persekutuan dan wakil negeri-negeri. Kata sepakat yang diperolehi dan kerjasama yang erat antara Persekutuan dan negeri-negeri diharapkan dapat memperkemas langkah ke arah memartabatkan pendidikan Islam di Malaysia.

 

Mesy Induk WIPI 1

Mesy Induk WIPI 2

Mesy Induk WIPI 3

Mesy Induk WIPI 4

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 September 2018.
Jumlah Pelawat :12228979