YAB Perdana Menteri teruja dengan sambutan Ekspo Terengganu 2018 yang dianggap sebagai luar biasa dengan kehadiran pengunjung mencecah hampir setengah juta orang. Perdana Menteri menyifatkan sambutan rakyat terhadap ekspo itu juga sebagai salah satu kayu pengukur membuktikan rakyat menyenangi dan dapat menerima apa yang telah dilaksana dan dirancang kerajaan.

Bagi merealisasi janji Kerajaan semasa pembentangan Bajet 2018, YAB Perdana Menteri telah menyerahkan replika cek peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk Negeri Terengganu berjumlah RM43,195,008.00 bagi elaun tahunan dan bayaran khas one-off Guru KAFA Negeri Terengganu Tahun 2018, dan RM14,334,300.00 bagi peruntukan tahunan dan bayaran khas one-off imam, bilal dan guru takmir Negeri Terengganu Tahun 2018 kepada YAB Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu pada Majlis Penutup Ekspo Terengganu 2018.

Hadir bersama pada majlis yang berlangsung pada 3 Mac 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus itu ialah YB Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, pegawai-pegawai kanan kerajaan.

 

MMU GANU 2018 1

MMU GANU 2018 4

MMU GANU 2018 5

MMU GANU 2018 2

MMU GANU 2018 3

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 14 Jun 2018.
Jumlah Pelawat :12202321