Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 01 Oktober  – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Cawangan  Pembangunan Profesionalisme telah mengadakan Bengkel Astrofoto Falak (Kajian Kecerahan Langit) pada 21 hingga 24 September 2020 bertempat                  di Pulau Perhentian, Terengganu.

Kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai ilmu falak yang menumpukan kepada skop astronomi angkasa. (alam semesta). Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar teknik kemahiran pengendalian peralatan cerapan digital yang menghasilkan keputusan cerapan dengan lebih tepat.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman iaitu Encik Joko Satria A, Penyelidik Makmal Fizik, Universiti Malaya dan Encik  Mohammad Redzuan bin Tahar, Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia.
Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta dalam mengendali peralatan falak dan dapat diaplikasikan dalam aktiviti cerapan di Malaysia.