Kurator Berita : Darul Quran
19 Disember 2015 - Darul Quran, Jakim telah menerima kunjungan daripada Y.Bhg. Profesor Dr. Syeikh Abbas Shouman, Wakil Universiti al-Azhar al-Syarif. Kunjunganini diadakan sempenaMajlis Syarahan Perdana Wakil Universiti al-Azhar al-Syarif di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
 
Kunjungan Wakil Universiti al-Azhar al-Syarifini telah disambut oleh Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan K.Lumpur (JAWI), mewakili Ketua Pengarah Jakim, Dr. Haji Nordin bin Ahmad, Pengarah Darul Quran Jakim, pengarah-pengarah Bahagian Jakim dan pegawai-pegawai serta kakitangan Darul Quran, Jakim.
 
Sesi taklimat berkenaan organisasi dan aktiviti Darul Quran telah disampaikan oleh Pengarah Jawi. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menerangkan tentang hasrat dan cita-cita Darul Quran untuk terus unggul dalam melaksanakan pendidikan tahfiz, seterusnya menjadi antara institusi pendidikan yang berprestij di Malaysia serta menyampaikan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Universiti al-Azhar dalam bidang tahfiz al-Quran.
 
Sementara itu, Y.Bhg. Profesor Dr. Syeikh Abbas Shoumandalam ucapannya di Majlis Syarahan Perdana menyeru agar pelajar-pelajar Darul Quran sentiasa mengambil peluang untuk menimba ilmu pengetahuan ke peringkat yang lebih tinggi bagi meningkatkan lagi keupayaan dan potensi Darul Quran sebagai institusi tahfiz yang ulung di negara ini.
 
Beliau turut menggesa agar semua pelajar bukan semata-mata menghafaz al-Quran, bahkan kita perlu memahami kandungan al-Quran dengan sebaik-baiknya.
 
Majlis Syarahan Perdana Wakil Universiti Al Azhar Al Syarif Di DQ 1
 
Majlis Syarahan Perdana Wakil Universiti Al Azhar Al Syarif Di DQ 2
 
Majlis Syarahan Perdana Wakil Universiti Al Azhar Al Syarif Di DQ 3
 
Majlis Syarahan Perdana Wakil Universiti Al Azhar Al Syarif Di DQ 4
 
Majlis Syarahan Perdana Wakil Universiti Al Azhar Al Syarif Di DQ 5
 
Majlis Syarahan Perdana Wakil Universiti Al Azhar Al Syarif Di DQ 6