Kurator Berita : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
IPDAS, 07 Ogos 2020 (Jumaat) - Seramai lima orang daripada Pertubuhan Penggerak Kebajikan dan Dakwah Islam Sabah (Sabah Relief) berkunjung ke IPDAS telah berjalan dengan lancar.
 
Sabah Relief adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif dalam menggerakkan aktiviti kebajikan di negeri Sabah.
 
Pihak Sabah Relief bercadang untuk menjalin kerjasama strategik dengan pihak IPDAS dan merealisasikan hasrat mengadakan Konvensyen Dakwah dan Kebajikan Peringkat Negeri Sabah.
 
Semoga kerjasama ini dipemudahkan dan diperkukuhkan lagi agar dapat membantu dalam usaha menyamarakkan dakwah khususnya di Sabah.
 
Perkasa Program Dakwah Di Sabah 1
 
Perkasa Program Dakwah Di Sabah 2
 
Perkasa Program Dakwah Di Sabah 3
 
Perkasa Program Dakwah Di Sabah 4