Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan anjuran JAIN Negeri-Negeri dan kerjasama Muassasah Al-Bayan Kuala Lumpur telah berjaya menghantar 5 orang guru Tsanawi Sekolah Menangah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) ke negara Jordan untuk mengikuti kursus tersebut selama sebulan iaitu dari 17 November 2016 hingga 17 Disember 2016.

          Peserta kali ini adalah tajaan dari Jabatan agama Islam Pahang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan agama islam Perlis.

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai nilai-nilai dan budaya masyarakat Arab Jordan dan meneroka kehidupan mesyarakat arab Jordan serta sejarah ketamadunan dan kegemilangan bangsa arab.

Mempertingkatkan keyakinan peserta untuk berkomunikasi dengan bahasa arab fushah melalui sesi kuliah, bengkel dan soal jawab yang diadakan sepanjang program. Disamping menggilap kemahiran berbahasa Ammiyah melalui pergaulan dengan masarakat setempat dan aktiviti yang dilaksanakan.

Kuliah dan praktikal Bahasa Arab diadakan di Institut Ewan, University Zarqa’ oleh tenaga pengajar bahasa yang Mahir yang meliputi:

 

  1. Pendedahan kemahiran menulis gaya bahasa akhbar dan majalah. Peserta   didedahkan uslub dan gaya bahasa akhbar melalui pembacaan beberapa Akhbar dan majalah tempatan .
  2. Kaedah Pengajaran ( P & P ) .Mengadakan perbincangan dengan tenaga pakar   mengenai kaedah pengajaran dan pelajaran Bahasa Inggeris .
  3. Pengucapan awam & Muhadathah ( Pertuturan ) .Melatih peserta dengan dengan bentuk atau format pengucapan awam dalam Bahasa Arab .
  4. Menguasai Uslub Khutbah dan Pidato . peserta didedahkan dengan bentuk – bentuk Pidato dalam Bahasa Arab .
  5. Pendedahan kaedah penulisan Bahasa Arab yang sesuai dengan mengadakan Perbincangan mengenai kaedah penulisan Bahasa arab dan Peribahasa yang betul .

          Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran Bahasa Arab peserta kerana persekitaran masyarakat Arab Jordan yang sentiasa berinteraksi dengan Bahasa Fosahah, di samping peserta kursus dapat mengenali adat dan taqlid masyarakat Arab secara langsung.

 

kj2

 

kj3

 

kj1