WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

9 Julai 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Isu-Isu Pendakwaan Syariah bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS iaitu YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Turut hadir mesyuarat ini pegawai-pegawai kanan BPPPS, Tuan Shaiful Azli bin Jamaludin daripada Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM dan Tuan Ahmad Basyir bin Yaakub daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Objektif utama mesyuarat ialah menyelaras gerak kerja isu-isu berhubung pendakwaan syariah negeri-negeri ke arah memantapkan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pendakwaan Syariah di negeri-negeri.
 
 
Isu pendakwaan Julai 2020 1
 
Isu pendakwaan Julai 2020 2
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 13 Ogos 2020.
Jumlah Pelawat :12441641