Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 18 Mac - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Keluarga pada 17 dan 18 Mac 2021 secara dalam talian dan bersemuka. Sejumlah 50 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari pegawai rundingcara dan penjawat awam di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Kerajaan dan Kementerian.
 
Antara objektif kursus ini ialah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta permasalahan/ konflik yang berlaku dalam keluarga dan kaedah penyelesaian

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Ustazah Adawiah binti Lias, Timbalan Pengarah (CPK), ILIM Bangi, Ustazah Nik Suhaila binti Nik Muhammad, Penolong Pengarah Kanan (CPP), ILIM Bangi dan Ustazah Noordianah Alwi, Penolong Pengarah Kanan ( JAKIM Sabah). Semoga kursus dapat memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam proses membantu masalah rumahtangga serta memberi bimbingan berkaitan perkahwinan.
 
Kursus Pengurusan Keluarga 1
 
Kursus Pengurusan Keluarga 2
 
Kursus Pengurusan Keluarga 3
 
Kursus Pengurusan Keluarga 4