Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Diskusi Fiqh : Kitab: Iknaq Fi Jalla Al-Faz Abi Shujaa’
(Karangan Muhammad Al-Syarbiinii Al-Khotib)
 
Bangi, 12 Mac - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Program Diskusi Fiqh Siri 1 /2021 pada 12 Mac 2021 secara hibrid. Sejumlah 150 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari pegawai di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.
 
Program ini merupakan kesinambungan program yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan diteruskan lagi pada tahun ini sebanyak lapan (8) siri. Objektif Program ini diadakan adalah memperkasakan penguasaan ilmu fiqh menggunakan Kitab Turath di kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam. Pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab, menggunakan Kitab: Iknaq Fi Jalla Al-Faz Abi Shujaa’ yang dikarang oleh Muhammad Al-Syarbiinii Al-Khotib.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil, Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn. Bhd. Semoga kelas pengajian ini mampu memberi pendedahan dan meningkatkan penguasaan peserta dalam bidang ilmu Fiqh.
 
Diskusi Fiqh Kitab Iknaq Fi Jalla Al Faz Abi Shujaa 1
 
Diskusi Fiqh Kitab Iknaq Fi Jalla Al Faz Abi Shujaa 2
 
Diskusi Fiqh Kitab Iknaq Fi Jalla Al Faz Abi Shujaa 3
 
Diskusi Fiqh Kitab Iknaq Fi Jalla Al Faz Abi Shujaa 4
 
Diskusi Fiqh Kitab Iknaq Fi Jalla Al Faz Abi Shujaa 5