Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 31 Mac - Selama tiga (3) hari bermula 29 hingga 31 Mac 2021, telah berlangsungnya Kursus Pengurusan Dakwah Secara Dalam Talian. Kursus anjuran Kluster Pengurusan Hal Ehwal, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi ini telah menarik minat 56 orang serta daripada pelbagai agensi di seluruh negara.

Penceramah yang telah dijemput untuk mengisi enam (6) slot sepanjang kursus ini ialah Shah Kirit Kakulal Govindji, Presiden Unity Global Network dan Dr A'thiroh Masyaa'il Tan Ai Pao, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara topik yang dikupas ialah Mengapa Saya Perlu Berdakwah Dan Cabarannya, Strategi Dakwah Kini dan Masa Hadapan, Methodologi Dakwah Kepada Muslim dan Pengurusan Dakwah Non-Muslim.

Semoga para peserta dapat menerapkan ilmu pengurusan dakwah ini dalam kehidupan agar ia bermanfaat untuk umat sejagat.
 
Kursus Pengurusan Dakwah Meningkatkan Kompetensi Peserta 1
 
Kursus Pengurusan Dakwah Meningkatkan Kompetensi Peserta 2
 
Kursus Pengurusan Dakwah Meningkatkan Kompetensi Peserta 3
 
Kursus Pengurusan Dakwah Meningkatkan Kompetensi Peserta 4
 
Kursus Pengurusan Dakwah Meningkatkan Kompetensi Peserta 5