WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Kuantan, 8-9 September 2020 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Wacana Pakar Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah bertempat di Bilik Mesyuarat AC Hotel Kuantan, Pahang. Wacana yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh semua Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA) dan Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie (KPS) Seluruh Malaysia. Turut serta dalam wacana ini ialah Tuan Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS, JAKIM dan Puan Hajah Noor Hadina binti Haji Ahmad Zabidi, Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.
 
Wacana pada kali ini membincangkan berkaitan prosiding dalam pendakwaan di dalam Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) bermula Seksyen 62 hingga Seksyen 95. Bagi mengendalikan wacana tersebut, YBrs. Tuan Yusaini Amer bin Abdul Karim, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara telah dilantik sebagai pemudah cara.
 
Melalui sesi perkongsian maklumat dan pengalaman daripada pakar undang-undang sivil, peserta dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan tatacara jenayah syariah dan sivil. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie dalam melaksanakan tugas.
 
Program seumpama ini dilaksanakan bagi memenuhi sasaran strategik JAKIM 2019-2025 dalam mempertingkatkan kemahiran profesionalisme para Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie dalam memahami undang-undang yang sedang berkuat kuasa agar dapat melancarkan lagi pelaksanaan tugas-tugas yang diamanahkan.
 
 
wacana kuantan 2020
 
 
 
wacana kuantan 1
 
wacana kuantan 2
 
 
wacana kuantan 3
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 September 2020.
Jumlah Pelawat :12457232