Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Tanggal 08 April 2021 (Khamis) Cawangan Pemantapan Kefahaman Islam, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Masjid Ar Raudah Tanjung Karang, Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Selangor berjaya menganjurkan program Ziarah Mahabbah dan Ramah Mesra ke perkampungan Cina Bagan Pasir dan Bagan Sg Kajang Tanjung Karang Selangor. Program tersebut membabitkan penyertaan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pegawai JAKIM, Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID), dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NG0) Islam iaitu Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) serta penduduk kampung mengikut SOP perintah kawalan pergerakan.
 
Program ini bertujuan untuk membentuk jalinan silaturrahim yang lebih erat dan kukuh lagi dengan penduduk Cina, menyampaikan informasi berkaitan Islam, memupuk semangat kerjasama antara agensi agama dengan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta platform untuk mengenal pasti dan membetulkan persepsi kaum Cina di Bagan Pasir dan Bagan Sg Kajang terhadap agama Islam.
 
Program pada kali ini menampilkan konsep dakwah yang unik kepada masyarakat Cina di Bagan Pasir dan Bagan Sg Kajang iaitu menyampaikan tazkirah dalam Bahasa Mandarin dan Hokkien pada permulaan majlis. Ziarah rumah ke rumah sambil bertanya khabar berkaitan keadaa keluarga bukan Islam di samping menghulurkan sumbangan berbentuk keperluan dapur seperti beras, bihun, minyak masak, serbuk teh, gula dan susu, kepada ibu tunggal dan keluarga Cina yang kurang berkemampuan dan pendapatan terutamanya pada musim PKP ini.
 
Program Ziarah Mahabbah dan Ramah Mesra juga telah berjaya menyantuni seramai 6 buah keluarga Cina bukan Islam dan termasuk sebuah keluarga Melayu yang tinggal di sekitar kawasan berhampiran rumah ibadat Xi An Gong. Dengan izin Allah SWT seorang wanita dewasa telah melafazkan dua kalimah syahadah yang dibimbing oleh Ustaz Razali Ahmad Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemantapan Kefahaman Islam.

Semoga program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa dan budaya.
 
Ziarah Mahabbah Dan Ramah Mesra Bagan Pasir 1
 
Ziarah Mahabbah Dan Ramah Mesra Bagan Pasir 2
 
Ziarah Mahabbah Dan Ramah Mesra Bagan Pasir 3
 
Ziarah Mahabbah Dan Ramah Mesra Bagan Pasir 4
 
Ziarah Mahabbah Dan Ramah Mesra Bagan Pasir 5