Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
 

Alor Setar, Kedah - 14 Ogos 2018 (Selasa) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Seminar Mendepani Cabaran Keibubapaan : Memahami Dan Membentuk Peribadi Cemerlang Anak Peringkat Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Negeri Kedah. Seminar yang diadakan di Dewan Serbaguna, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah itu menyasarkan care providers dan healthcare providers’ iaitu agensi-agensi kerajaan, pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kesihatan Negeri, guru-guru sekolah, tadika, taska dan guru-guru kaunseling, tenaga pengajar Rumah Kebajikan, Rumah Anak-anak yatim, Kelab Pengasuh, NGO-NGO dan individu-individu yang lebih dekat dengan golongan anak-anak di negeri Kedah.

Matlamat utama yang ingin dicapai melalui seminar ini ialah bagi memperkenalkan program-program berbentuk skill dan kemahiran keibubapaan yang sebenar untuk diterapkan kepada sasaran-sasaran yang dekat dengan anak-anak dan remaja.

Objektif seminar ini adalah:

  • Mengemukakan kepentingan pandangan alam (worldview) berasaskan agama serta memahami aspek-aspek penting tentang psikologi manusia dalam membentuk keperibadian cemerlang;
  • Meningkatkan kesedaran para peserta tentang kepentingan posisi mereka sebagai seorang pembimbing dan melihat para remaja sebagai individu yang mampu digilap potensinya;
  • Membekalkan para peserta dengan tips aplikasi dan metodologi yang berkesan khususnya di kalangan remaja agar dapat berinteraksi dengan mereka secara berkesan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim dengan dihadiri oleh Syeikh Zakaria bin Mustafa; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam JHEAIK (mewakil Pengarah JHEAIK) dan Pengarah LPPKN Negeri Kedah iaitu Tuan Mohammad Mizal bin Mohammad Noor. Seramai 504 orang peserta yang telah menghadiri seminar tersebut.

Turut menyampaikan ceramah ialah En. Sazali Mansor yang merupakan seorang Jurulatih Kekeluargaan LPPKN Kedah.

 

003

005

006

009

008

001

004

002

007