jata negara small
 
PERUTUSAN TAKZIAH BUAT KELUARGA ADIK MOHAMAD THAQIF
________________________________________________________
 
 
إنا لله وإنا إليه راجعون
 
1. Jakim melahirkan rasa sedih dan dukacita di atas kejadian yang menimpa adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, berumur 11 tahun, penuntut di  Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor.
 
2. Jakim juga ingin mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada keluarga arwah, semoga  diberikan ketabahan hati dan kekuatan oleh  Allah SWT terhadap kejadian ini.
 
3. Jakim juga menyeru dan menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan  kes ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga apa juga tindakan kita tidak menjadi fitnah dan menimbulkan tanggapan negatif terhadap agama Islam yang mulia ini.
 
Al-Fatihah.
 
 
TAN SRI DATO' HJ OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah Jakim