WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Persidangan Ketua-Ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia (PKJ) Ke-107 telah diadakan di Hotel Dorsett Grand, Wilayah Persekutuan Labuan selama dua hari bermula 22 hingga 23 September 2018. Persidangan pada kali ini telah dirasmikan oleh YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebanyak 2 kertas cadangan, 4 Kertas Makluman dan 3 Kertas Taklimat telah dibentangkan dan mendapat maklumbalas positif daripada semua pihak.
PKJ 107 telah memutuskan untuk meningkatkan aktiviti dakwah kepada OKU pendengaran (Pekak) selaras dengan peruntukan Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685). Sehubungan dengan itu, pegawai agama dan para pendakwah di seluruh negara disaran mengikuti kursus pembelajaran bahasa isyarat bagi mempersiapkan diri membantu golongan orang kurang upaya (OKU) khususnya yang mengalami masalah pendengaran.

Golongan OKU ini mengalami masalah ketidakupayaan dalam aspek pertuturan dan pendengaran, mereka menghadapi masalah keterbatasan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial khususnya dalam program agama kerana masalah medium perhubungan. Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), majoriti OKU pendengaran yang beragama Islam tidak pernah mengaji al-Quran, tidak memahami makna solat manakala kadar perceraian dalam kalangan mereka agak tinggi.
 
pkj107 1
 
pkj107 2
 
pkj107 3
 
pkj107 4
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 27 Jun 2019.
Jumlah Pelawat :12312112